fbpx

Minyak masak peket ‘ghaib’ setiap kali perayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANYA minyak masak botol yang dijual sehingga menyebabkan pengguna tiada pilihan selain membelinya.

IPOH – Minyak masak peket 1 ki­logram (kg) yang merupakan pilihan utama pengguna di negara ini seolah-olah ‘ghaib’ atau kekurangan stok dalam pasaran setiap kali Ramadan dan menje­lang Aidilfitri setiap tahun.

Tinjauan di sebuah pasar raya di Kampar, dekat sini semalam mendapati, rak minyak masak hanya dipenuhi dengan jenis bo­tol lima kilogram pelbagai jenama yang dijual dengan harga bermula RM25.90 hingga RM34.59.

Pemilik pasar mini di Jalan Baldwin, Tapah, dekat sini, yang ingin dikenali sebagai Mutusamy berkata, setiap kali tiba Ramadan atau Aidilfitri sememangnya tiada bekalan minyak masak peket.

“Sebenarnya sudah bertahun perkara ini berlaku lagi-lagi semasa tiba perayaan. Kebanyakan pembeli saya gemar membeli minyak masak peket 1 kg kerana har­ganya yang murah iaitu RM2.50.

“Ia ibarat minyak masak rak­yat Malaysia kerana dibeli tanpa me­ngira golongan T20, M40 atau B40.

“Jangan berikan alasan permintaan melebihi penawaran kerana itu alasan lapuk, kerana setahu saya pengeluaran minyak masak sawit melebihi keperluan semasa rakyat,” katanya.

Seorang pemilik kedai runcit di Jalan Wawasan, Tanjung Malim, dekat sini, Rosli Hassan berkata, minyak masak botol harganya mahal berbanding peket.

“Minyak masak 1 kg harganya RM2.50 sepeket, manakala minyak masak botol 5 kg paling murah RM25.90.

“Jika dibandingkan minyak masak peket 5 kg berjumlah RM12.50 berbanding minyak botol 5 kg ialah RM25.90,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pengguna, Rosalinda Nazri, 42, yang me­netap di Kampung Kepayang, di sini berharap pihak berkuasa dapat memastikan stok minyak masak peket sentiasa ada di pasaran.

“Ini menyusahkan kami ke­rana harga subsidi itu banyak membantu lebih-lebih lagi terikat dengan komitmen keluarga dan peningkatan kos sara hidup.

“Saya seorang suri rumah, sementara suami seorang pekerja industri dengan gaji dipotong selain tiada overtime dan double pay selain perlu menyara empat anak yang masih bersekolah dan melanjutkan pengajian di universiti awam di negeri ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI