fbpx

Lima penyamun ditembak mati sasar peti keselamatan pejabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein menunjukkan senjata digunakan suspek dalam kejadian tembakan tersebut. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Lima penjenayah yang ditembak mati di Putra Heights, Subang Jaya awal pagi tadi menyasarkan peti keselamatan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Jenayah samun berkenaan dilakukan sejak dua tahun oleh kesemua suspek berusia 20an hingga 30an.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil siasatan mendapati kumpulan itu telah terlibat lebih 50 kes samun termasuk menjadikan rumah kediaman sebagai sasaran..

Katanya, kumpulan ini juga licik dengan telah dijejaki dan dikehendaki polis sejak 2022.

“Mereka juga menyasarkan peti keselamatan dengan siasatan mendapati terdapat 10 kes di beberapa pejabat sebuah syarikat logistik sama.

“Justeru, kita tidak menolak kemungkinan penglibatan orang dalam yang memaklumkan mengenai keberadaan peti
keselamatan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Menurut beliau, kumpulan penjenayah itu juga bertindak mencederakan mangsa samunnya yang cuba melawannya.

Tambah Hussein, kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau, dengan salah seorang daripadanya mempunyai 16 rekod kes.

“Kumpulan ini dipercayai aktif melakukan samun di kawasan Klang selain Puchong, Bukit Jalil dan Cheras.

“Hasil semakan mendapati mereka menetap di Klang. Kita masih siasat sama ada mereka terlibat dalam kongsi gelap,” katanya.

Jelas beliau, hasil pemeriksaan dalam kes tembak itu mendapati penjenayah menggunakan pistol jenis Revolver dan Semi-Auto.

Terdahulu, sepasukan polis berjaya menembak mati lima penjenayah di Persiaran Harmoni, Putra Heights dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, kesemua penjenayah tersebut menaiki sebuah kereta Perodua Axia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI