fbpx

Lima penyamun ditembak mati di Putra Heights

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan insiden tembak mati lima penjenayah dipercayai aktif kes samun bersenjata di Putra Height, di sini, malam tadi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

“Satu sidang media akan diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen Selangor pada pukul 2.30 petang,” ujarnya ringkas.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, sepasukan polis mengesan sebuah kenderaan mencurigakan sebelum mengarahkan berhenti untuk pemeriksaan.

Bagaimanapun, kesemua suspek bertindak melarikan diri ketika dikepung sebelum melepaskan beberapa das tembakan serta merempuh bahagian belakang kenderaan polis.

Susulan kejadian itu, suspek disahkan mati di lokasi selepas berlaku inside berbalas tembakan.

Polis turut merampas dua senjata api digunakan suspek bersama senjata lain. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI