fbpx

‘Pemilik’ RM500,000 belum tampil, polis siasat elemen jenayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussien (dua dari kiri) menunjukkan wang tunai melebihi setengah juta yang ditemui di pusat parkir kereta sebuah pusat beli belah, baru-baru ini. Foto SYAKIR RADIN

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang mengaku duit RM500,000 ditemui di parkir letak kereta sebuah pusat membeli-belah di Damansara, minggu lalu milik syarikatnya, tidak hadir memberi keterangan kepada polis seperti dijanjikan, hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih memberi masa kepada individu terbabit untuk hadir memberikan keterangan dan membuktikan wang tersebut adalah milik syarikatnya.

“Saya dah hubungi ketua balai polis (nama balai polis tidak dinyatakan) dan dimaklumkan lelaki itu tidak datang lagi,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini, hari ini.

Justeru, kata beliau, polis akan melakukan prosedur harta yang tidak dituntut ke atas wang tersebut sekiranya tiada mana-mana individu menuntut wang tersebut dalam tempoh ditetapkan.

“Polis sedang siasat jika wang itu digunakan untuk aktiviti jenayah sebab kami curiga juga bagaimana wang sejumlah itu diletakkan dalam bagasi dan ditinggalkan di parkir kereta,” ujarnya.

Terdahulu, polis mendedahkan menerima laporan daripada seorang pengarah syarikat teknologi maklumat berusia lewat 40an yang mendakwa wang itu milik syarikat mereka.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengawal keselamatan menemui beg bagasi berwarna merah jambu dan putih berisi wang tunai lebih RM500,000 kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI