fbpx

Gosip cinta mengarut, ada pihak sebar gambar lama – Zizan Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zizan menafikan dirinya kini menjalin cinta dengan pempengaruh bernama Nureen.

PETALING JAYA – Menangkis tuduhan bercinta dengan pempengaruh media sosial bernama Nureen, pelawak Zizan Razak mengesyaki gosip tersebut disebarkan pihak yang cuba mencetuskan fitnah terhadap mereka.

Katanya, gambar lama yang dirakamkan pada sebuah majlis tayangan filem tahun lalu itu sengaja diedarkan kepada media tanpa diketahui tujuan berbuat demikian.

“Kalau nak cakap soal isu keluar dengan rakan wanita, saya juga pernah keluar dengan beberapa wanita sebelum ini, bukan dia sahaja.

“Saya tak tahu kenapa isu ini boleh timbul. Saya rasa macam ada orang tak puas hati dengan Nureen sehingga sanggup menyebarkan foto lama kami.

“Gambar itu diambil ketika tayangan Polis Evo 3. Tak baiklah buat benda macam ini. Saya ada bertanya kepada Nureen, tetapi dia tak tahu,” katanya pada tayangan perdana program raya Astro, baru-baru ini.

Akui pemilik nama lengkap Mohd. Razizan Abdul Razak itu, dia tidak perlu memberikan respons terhadap desas-desus mengarut yang disifatkan sensitif buatnya.

Baginya, lebih baik fokus terhadap kerjaya selain tidak berharap cerita yang mengganggu perancangan kerja dapat segera dihentikan.

“Perkara begini agak sensitif sedikit untuk saya. Saya kalau boleh tidak mahu jawab dakwaan ini apabila bila ada cerita yang cuba menjatuhkan nama saya.

“Kalau benar gosip itu betul, saya okey untuk menjawab, tapi itu tidak benar, risau akan mengganggu kerjaya seni dan mencalarkan kerja saya.

“Kami kawan sahaja, tidak lebih daripada itu. Kawan biasa, bukan kawan industri. Nak kata dia kawan rapat saya, jawapannya tidak,” luahnya.

Terdahulu, gosip keintiman pelakon filem Abang Long Fadil 3 itu dengan model pakaian muslimah tersebut menjadi perhatian selepas kerap dilihat meluangkan masa bersama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI