fbpx

EPL: Tiga pemain kembali perkuat Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD menyertai sesi latihan bersama United biarpun dilapor mengalami kecederaan ketika bersama England. - AFP

MANCHESTER – Manchester United menerima khabar gembira menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Brentford di Stadium Gtech awal pagi esok dengan kehadiran tiga pemainnya yang mengalami kecederaan sebelum ini.

Selepas kejayaan menewaskan Liverpool pada aksi pusingan suku akhir Piala FA, United kembali ke misi mereka untuk memburu kedudukan kelompok empat pasukan terbaik sekali gus layak ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Penyerang mereka, Marcus Rashford dilihat kembali menyertai sesi latihan biarpun dilaporkan mengalami kecederaan ketika menyertai sesi latihan bersama England ketika persiapan menentang Belgium pada aksi persahabatan antarabangsa.

Rashford tidak diturunkan pada aksi tersebut biarpun pengendali pasukan berkenaan, Gareth Southgate membuat beberapa pertukaran sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak kecederaan lebih teruk.

Bagaimanapun, perkembangan terbaharu menyaksikan Rashford kembali menjalani latihan di Carrington dan kehadirannya cukup penting buat Pengurus United, Erik Ten Hag selepas dia berjaya meledak gol dalam tiga aksi terakhir.

Selain itu, Ten Hag juga akan menerima kepulangan pemain mudanya, Omari Forson yang mengalami kecederaan sebelum cuti rehat antarabangsa apabila dia kembali menjalani latihan penuh bersama seorang lagi pemain tengah, Mason Mount.

Bagaimanapun, nasib beberapa pemain lain seperti Luke Shaw, Tyrell Malacia, Casemiro, Harry Maguire, Lisandro Martinez dan Jonny Evans belum dapat dipastikan apabila kesemua mereka tidak kelihatan pada sesi latihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI