JAKARTA – Seorang warga emas di Indonesia sanggup mengayuh basikal sejauh berpuluh-puluh kilometer kerana ingin bertemu anak dan cucunya, lapor akhbar Tribun Jabar semalam.
Kisah itu tular selepas dimuat naik oleh anaknya di platform TikTok menggunakan akaun @novimaryanimsi.
Anaknya yang dikenali sebagai Novi berkata, si ayah sanggup mengayuh basikal dari Bandung ke Tasikmalaya untuk menemuinya.
Dalam video kejadian, lelaki warga emas itu dilihat duduk keletihan sambil menggosok kakinya yang sakit selepas mengayuh basikal puluhan kilometer.
Novi terharu dengan usaha bapanya.
Lelaki itu kelihatan gembira kerana dapat bertemu dengan anak dan cucunya.
Oleh kerana bimbang kesihatan ayahnya, Nova meminta supaya dia tidak lagi melakukan perkara tersebut. – AGENSI