fbpx

Biarlah Aaisyah bertumit tinggi, sanggul tinggi gunung – Che Ta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Ta mempertahankan 'minat' anaknya, Aaisyah yang suka bersolek dan bergaya pada usia kanak-kanak.

PETALING JAYA – “Hampa (kalian) jangan memandai-mandai ajar anak kami itu ini ya.”

Demikian penegasan pelakon Rozita Che Wan buat individu yang suka memberikan nasihat ‘melulu’ terhadap anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rania.

Kata Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, dia memahami minat kanak-kanak zaman ini, selain lebih rela membiarkan puterinya itu melakukan apa sahaja asalkan tidak mengganggu kerjanya.

“Kalau dia melalak, satu benda pun tidak boleh nak buat kerja.

“Biarlah dia nak pakai kasut tumit tinggi, sanggul tinggi gunung atau suka pakai alat solek.

“Janji dia gembira. Kita dulu kecil-kecil main lumpur, sekarang mereka mahu set alat solek,” getusnya menerusi Instagram.

Rata-rata netizen turut mempertahankan Che Ta, 51, apabila sependapat supaya membiarkan anak gadis itu ‘meneroka’ aktiviti kegemaran.

“Biarkanlah, anak dia. Seronok tengok keletah dia, lagipun sekali seumur hidup sahaja,” ujar pengikut.

“Tidak mengapalah Ecah (nama panggilan Aaisyah). Janji bahagia, saya suka sahaja tengok dia,” tutur seorang pengikut lain.

Sebelum ini, Aaisyah kerap menjadi bahan kecaman netizen apabila dikatakan suka bersolek seperti wanita dewasa.

Aaisyah merupakan anak hasil perkongsian hidup Che Ta dengan aktor Zain Saidin selepas mereka mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI