fbpx

Wanita bertopi keledar cuba ragut rantai warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar televisyen litar tertutup memaparkan suspek bertopi keledar menceroboh rumah untuk menyamun seorang wanita warga emas di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu kelmarin.

HULU TERENGGANU – Seorang warga emas cedera termasuklah di bahagian leher setelah cuba disamun penjenayah wanita yang bertopi keledar di Felda Bukit Bading di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 10.03 petang itu, wanita berusia 70-an tersebut menggagahkan diri melawan mempertahankan rantai lehernya daripada diragut suspek.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, pada mulanya, mangsa bersama suaminya yang sedang berehat di luar rumah telah didatangi suspek yang kononnya mahu menjual telekung.

“Mangsa yang tidak berminat membeli kemudiannya masuk ke dalam rumah sebelum suspek tiba-tiba mengekorinya.

“Suspek yang memakai topi keledar menolak mangsa sehingga terjatuh sebelum cuba meragut rantai leher dipakai wanita itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Zainul Mujahidin berkata, bagaimanapun berlaku pergelutan menyebabkan cubaan suspek berusia 49 tahun untuk meragut mangsa gagal.

Tambah beliau, suspek kemudiannya bertindak melarikan diri dan mangsa berusia 70-an pula dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu di sini.

“Hasil risikan suspek yang merupakan wanita berusia 49 tahun akhirnya berjaya ditahan di tepi jalan berhampiran Balai Polis Ajil di sini pada pukul 4.50 petang semalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI