fbpx

Pelancong bergaduh rebut lokasi swafoto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA orang bergaduh bagi merebut tempat berswafoto di Gunung Salji Naga Jed, Ahad lalu. - Foto Weibo

BEIJING  – Sekumpulan pelancong bergaduh pada ketinggian 4,572 meter di sebuah kawasan pergunungan bersalji di Lijiang kerana mahu mendapatkan tempat terbaik untuk merakam  swafoto, lapor portal berita Daily Mirror kelmarin.

Klip video kejadian menunjukkan beberapa pelancong dewasa menolak antara satu sama lain di atas dek pemandangan di Gunung Salji Naga Jed pada Ahad lalu.

Berpuluh-puluh orang yang berada  dalam barisan cuba mengelak daripada ditumbuk dalam kejadian itu. 

Menurut media tempatan, kejadian bermula apabila seorang lelaki dan seorang wanita bergaduh dengan wanita lain.

Beberapa pengunjung cuba untuk campur tangan tetapi mereka yang bergaduh tidak mahu beredar dari tempat pilihan untuk berswafoto. 

Pergaduhan berterusan sehingga anggota-anggota keselamatan yang ditempatkan di sekitar lokasi indah itu terpaksa  menyuraikan mereka.

Polis  berkata, mereka yang terlibat dalam pergaduhan tersebut telah berdamai. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI