PETALING JAYA – Loker milik seorang pelajar lelaki bagaikan kedai runcit apabila almari itu penuh dengan stok makanan yang disusun secara kreatif.
Menerusi perkongsian video oleh @herry_erry di TikTok, pelbagai jenis makanan ringan seperti biskut-biskut, roti dan uncang teh dilihat telah digantung pada hanger baju.
Gelagat pelajar itu membuatkan ramai orang merindukan suasana di sekolah, lebih-lebih lagi mereka yang pernah tinggal di asrama atau kolej.
“Teringat dulu aku jual barang di asrama, hujung minggu top up barang kering masuk asrama,” komen @433burgerprominjaya
“Kau nak buka kedai acheh ke apa ni?” komen Epul.
“Rare betul teh tu, aku ingat dia nak gantung nak bagi wangi je,” komen @emnaalsa.
Sehingga kini video ini mendapat 1.6 juta tontonan, 62,700 tanda suka dan 3,296 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@abang_kitkat ramadhan tiba😂😂