JAKARTA – Seorang lelaki yang ingin menunaikan solat subuh di masjid dihalau oleh seorang jemaah kerana didakwa mabuk, lapor akhbar Tribunnews semalam.
Menurut klip video yang tular selepas dikongsikan di platform X kelmarin, lelaki yang memakai baju-T hitam itu ditolak dan dihalau oleh jemaah tersebut kerana didakwa mabuk.
Lelaki itu kemudian memberitahu jemaah terbabit bahawa dia tidak mempunyai hak untuk menilainya.
Selepas kehadiran jemaah lain dan seorang ustaz, jemaah itu segera memberitahu mereka bahawa lelaki itu mabuk.
Ustaz meleraikan mereka berdua dan mengatakan bahawa lelaki mabuk itu tetamu Allah dan membenarkannya solat di masjid di hujung saf dan tidak bercampur dengan jemaah lain.
Video tular itu menimbulkan pelbagai reaksi dan pandangan netizen. Ada juga netizen yang mengesyaki video itu hanyalah demi konten semata-mata. – AGENSI