fbpx

Kenapa berat mulut nak ucap terima kasih? – Fasha Sandha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aktres berkaliber, Fasha Sandha meluahkan rasa kesal dengan sikap individu yang tidak tahu untuk mengucapkan terima kasih dan berharap agar tegurannya itu akan disedari pihak yang dimaksudkan.

Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 40, berkata dia enggan untuk menegur individu terbabit secara bersemuka kerana tidak mahu timbul rasa kecil hati, sebaliknya dia memilih untuk meluahkan rasa  dalam media sosial.

“Kadang-kadang cara nak tegur dalam media sosial itu yang terbaik. Kalau awak terasa, awak akan belajar. Belajar hargai orang sekeliling dengan ucapan terima kasih.

“Nanti kalau tegur dalam WhatsApp atau secara depan-depan, akan terguris hati dan sentap,” ujarnya dmenerusi hantaran dalam InstaStory.

Difahamkan, pelakon drama Dendam Seorang Isteri iti berkongsi hantaran tersebut untuk menegur seseorang yang ‘berat mulut’ untuk mengucapkan terima kasih, selepas diberikan hadiah sebagai tanda ingatan.

Justeru, Fasha berharap agar perkongsiannya itu dapat mengubah sikap individu terbabut agar lebih menghargai setiap pemberian dan kebaikan yang dilakukan orang lain.

“Pernah tak jumpa orang yang tidak pandai mengucapkan terima kasih? Tak faham dapat hadiah, tapi tak pandai ucap terima kasih. Bukan suruh kongsi dalam media sosial pun.

“Cukup sahaja dengan ucapan terima kasih. Kenapa berat mulut dan tak biasakan diri dengan penggunaan terima kasih?

“Jadi kalau awak lihat status ini (InstaStory), silakan ubah sikap itu. Belajar ucap terima kasih. Orang ingat awak, belikan awak hadiah walaupun tidak seberapa sebagai tanda ingatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI