fbpx

Individu dakwa pemilik RM500,000 beri keterangan, bukti esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bagasi yang mengandungi wang tunai RM500,000 ditemui oleh seorang jaga parkir di sebuah pusat beli-belah di Damansara.

SHAH ALAM – Individu yang mendakwa pemilik kepada bagasi berisi RM500,000 yang ditemui di tempat parkir kereta sebuah pusat beli belah sebelum ini, dijangka hadir untuk memberikan keterangan esok.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya juga akan meneliti bukti yang bakal dikemukakan lelaki berkenaan bagi membuktikan wang tersebut adalah milik syarikatnya.

“Beliau (lelaki mendakwa pemilik wang) janji hendak jumpa polis esok. Jadi, kita tunggu sama ada beliau hadir ke tidak,” katanya ringkas pada sidang akhbar hari ini.

Terdahulu, polis mendedahkan menerima laporan daripada seorang pengarah syarikat teknologi maklumat berusia lewat 40an yang mendakwa wang itu milik syarikat mereka.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengawal keselamatan menemui beg bagasi berwarna merah jambu dan putih berisi wang tunai lebih RM500,000.

Beg berkenaan ditemui pengawal berkenaan kira-kira pukul 8 pagi, 20 Mac lalu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI