fbpx

EPL: Antony berjuang selamatkan karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY berjaya meledak gol ketika membantu United menewaskan Liverpool pada aksi Piala FA sebelum ini. - AFP

MANCHESTER – Pemain sayap Manchester United, Antony terpaksa menyertai pusat latihan khas ketika cuti rehat antarabangsa lalu dalam usaha menyelamatkan kariernya bersama pasukan itu.

Pemain antarabangsa Brazil itu gagal menepati ramalan dengan perpindahan meganya dari Ajax Amsterdam pada musim panas 2022 apabila sekadar meledak 10 gol bersama pasukan itu dan kehilangan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Biarpun masih mendapat sokongan daripada pengendali United, Erik Ten Hag karier Antony di Old Trafford berada dalam ancaman sekiranya terus gagal meningkatkan prestasi apabila para peminat semakin kecewa dengan persembahan hambarnya.

Satu gol yang dijaringkan ketika membantu United menewaskan Liverpool pada aksi Piala FA sebelum ini diharap menjadi batu loncatan buat pemain itu untuk kembali berada dalam skuad utama dan menjaringkan lebih banyak gol.

Antony tidak disenaraikan dalam skuad Brazil pada aksi antarabangsa kali ini menyebabkan dia mengambil keputusan untuk memasuki pusat latihan Fisio Clinic di Madeira bagi mendapatkan modul latihan peribadi.

Fisio Clinic memiliki beberapa lokasi Eropah bagi membantu pelanggan mereka dalam proses rehabilitasi, fisioterapi dan membantu pemain untuk kembali berada pada tahap fizikal terbaik.

Antony sebelum ini berdepan kritikan keras daripada legenda England, Alan Shearer ketika dia mempamerkan rasa kecewa selepas dikeluarkan pada aksi menentang Nottingham Forest sebelum ini.

“Dia kecewa apabila dikeluarkan, tetapi dia sendiri gagal mempamerkan aksi yang membolehkannya kekal dalam pasukan. Permainan yang sama, tidak ada kemajuan. Aksi sebegitu tidak cukup dengan nilai dibayar untuk mendapatkannya,” jelas Shearer. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI