fbpx

Empangan Air Itam mampu bertahan sebulan lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empangan Air Itam.

GEORGE TOWN – Kerajaan negeri Pulau Pinang sedang memantau rapi situasi di Empangan Air Itam yang kini mampu bertahan lebih 30 hari sahaja lagi tanpa hujan.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, agensi pembekal air di Pulau Pinang iaitu Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) juga telah mengambil langkah awal sejak Februari lalu bagi mengurangkan pengekstrakan air dari Empangan Air Itam bagi memastikan kapasiti air di empangan tersebut dapat bertahan.

”Kita memang pantau rapi dan tidak menafikan ia (Empangan Air Itam) di bawah paras yang selesa, tetapi kita harap hujan akan turun dan mengisi semula empangan kita.

‘”Kita juga sudah mengambil langkah kurangkan pengekstrakan air dari empangan, jika kita tidak ambil langkah ini mungkin paras empangan berada pada paras kosong,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis menandatangani perjanjian antara syarikat Finhero dan NTT Data Corp of Japan di sini hari ini.

Sementara itu, Kon Yeow berkata, kerja-kerja fizikal pembinaan Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang dijangka bermula September atau Oktober, tahun ini.

Menurut beliau, kerja-kerja fizikal projek LRT Laluan Mutiara itu akan dimulakan selepas butiran akhir projek tersebut dibincangkan antara SRS Consortium Sdn Bhd dan MRT Corp -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI