fbpx

Dua warga emas maut, seorang parah kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan membabitkan kematian dua wanita warga emas di Jalan Sungai Limau Dalam di Yan, hari ini.

YAN – Dua wanita warga emas maut manakala seorang rakan mereka parah selepas kenderaan dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Sungai Limau Dalam, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi tadi itu, mangsa, Zabidah Bakar, 75, yang merupakan penumpang hadapan kereta jenis Perodua Myvi maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala, manakala pemandu kereta Naemah Mohamad, 70, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Yan.

Seorang lagi rakan mereka, Faridah Awang Dahman, 66, yang beralamat di Pondok Ustaz Fauzi, di sini dan merupakan penumpang belakang sedang menerima rawatan akibat kecederaan parah di hospital sama.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kemalangan itu melibatkan Perodua Myvi dinaiki tiga mangsa
dengan sebuah lori jenis Hicom Perkasa yang dalam perjalanan untuk mengambil ikan di kawasan Sungai Limau, di sini.

“Ketika kejadian Perodua Myvi dipandu Naemah dalam perjalanan dari arah Kuala Kedah ke Sungai Yan, manakala lori ikan dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di lokasi kemalangan, kereta dipandu Naemah hilang kawalan sebelum terbabas memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori ikan dipandu seorang lelaki berusia 25 tahun Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI