fbpx

[VIDEO] Bas persiaran terbalik di Karak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN sebuah bas yang terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di Bentong hari ini.

BENTONG – Seramai 16 penumpang melalui detik cemas selepas bas persiaran yang mereka naiki hilang kawalan dan terbalik di Kilometer 51.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi itu bas berkenaan yang membawa 16 penumpang termasuk empat warga asing dalam perjalanan ke arah Kuantan.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum dipastikan sama ada terdapat mangsa yang terkorban.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, berdasarkan maklumat awal lima penumpang mengalami kecederaan.

“Terdapat tiga lelaki dewasa cedera dan dua perempuan dewasa cedera termasuk seorang perempuan yang tersepit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa tersepit dengan menggunakan peralatan khas dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Bentong,”katanya di sini hari ini.

Sementara itu pengguna Lebuh raya KLK menghala ke Timur terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas lebih satu jam susulan kejadian.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI