fbpx

300 pelajar asnaf Kelantan terima sumbangan Simpan SSPN Prime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Dasuki (kiri) menyerahkan replika cek berjumlah RM30,000 kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Zamri Haji Abdul Aziz, (kanan) sambil disaksikan Ahli Lembaga Pengurusan PTPTN, Datuk Norasni Ayob.

PETALING JAYA – Seramai 300 pelajar asnaf Kelantan menerima sumbangan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Prime berjumlah RM30,000 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Isnin lalu.

Sumbangan itu disampaikan Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut yang berlangsung di sebuah hotel di Kelantan.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pihaknya sentiasa komited menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi memastikan golongan memerlukan tidak tercicir daripada arus pendidikan tinggi kerana masalah kewangan.

Ujarnya, dalam memastikan peluang kejayaan untuk semua, PTPTN terus menumpukan kepada usaha membudayakan amalan penabungan agar ibu bapa mengutamakan perancangan kewangan untuk kelangsungan pendidikan tinggi anak-anak.

Sultanah Kelantan, Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan bergambar bersama Pelajar-Pelajar Asnaf Negeri Kelantan yang menerima sumbangan akaun Simpan SSPN Prime.

“Menjadi hasrat PTPTN untuk mentransformasikan minda masyarakat dari bergantung kepada pinjaman kepada budaya menyimpan supaya anak-anak tidak dibebani hutang setelah tamat pengajian.

“Saya berharap melalui penabungan ini dapat membantu pelajar asnaf untuk meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi, mempunyai masa depan yang terjamin sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PTPTN telah mewujudkan instrumen simpanan melalui Simpan SSPN sebagai platform terbaik untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

Simpan SSPN menyediakan pelbagai keistimewaan untuk manfaat kepada masyarakat Malaysia seperti pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun dan perlindungan takaful ke atas pendeposit.

Manfaat lain juga termasuklah dividen yang kompetitif, Geran Sepadan secara percuma
sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak, patuh syariah dan dijamin kerajaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI