PETALING JAYA – Suasana bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) kecoh apabila pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merampas barangan peniaga yang dikatakan tidak mempunyai permit.
Menurut perkongsian video yang tular di media sosial TikTok @nuqmxn_0, ramai peniaga yang berang dan marah dengan tindakan itu.
Video itu menunjukkan sekumpulan penguakuasa DBKL berjalan sambil membawa meja peniaga dengan diekori beberapa individu yang menjerit-jerit dengan bahasa kasar.
Meninjau ruangan komen orang ramai dilihat agak berbelah bahagi dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa tersebut.
“Mana yang komen marah-marah penguat kuasa DBKL buat kerja tu cuba pergi ziarah Bazar Jalan Tar tu sendiri. Lihat dengan mata sendiri apa yang berlaku,” kata Ajam.
“Kesianlah biarlah mereka cari rezeki untuk hari raya,” ujar Kaliapan Thevar.
“Buat lesen kalau nak meniaga. Ada lesen dan permit DBKL tak kacau rasanya,” kata Putera.Samil.
Video yang tular di media sosial TikTok tersebut mendapat jumlah tontonan sebanyak 780k.
@nuqmxn_0 ape kes jalan tar tadi?#fy #fypシ゚viral #fypage #dbklproblem #videoviral ♬ bunyi asal – alip