PETALING JAYA – Pusat beli-belah terkenal di Putrjaya, IOI City Mall dilaporkan ‘bergelap’ ketika ini susulan masalah gangguan bekalan elektrik.
Perkara itu disahkan oleh pengurusan IOI City Mall menerusi satu notis di laman sosial.
Berdasarkan notis tersebut, bekalan elektrik dijangka pulih seawal pukul 1 tengah hari.
“Dimaklumkan bahawa IOI City Mall kini sedang menghadapi gangguan bekalan elektrik dan sedang dalam proses pembetulan oleh TNB sekarang.
“Oleh itu pusat beli-belah itu ditutup pagi ini sehingga bekalan elektrik disambung semula yang dianggarkan antara 1 tengah hari hingga 5 petang hari ini.
“Tunggu kemas kini kami dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku,” maklumnya.
Sementara itu, berdasarkan perkongsian beberapa pengguna di media sosial ketika ini bekalan elektrik di premis tersebut masih belum pulih dan kakitangan premis itu terpaksa berada di luar.
“Staff (kakitangan) pun masing-masig sidai kat luar dalam panas dan gelap,” tulis Hydayah Amyn.
Malah kata pengguna dikenali Ika Hatika, gangguan elektrik tersebut berlaku sejak semalam.
“Malam tadi ada kat dalam kedai Habib waktu black out (elektrik padam). Terkejut tetiba gelap gelita,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE
@nniiss.ss blackout satu mall 😂 📌 harini (28/3/24) ioi TUTUP sampai kul 5 petang!! #ioicitymall ♬ Alamak Raya Lagi DEFAM – De Fam