fbpx

Umat Islam perlu tekuni kupasan, tafsir al-Quran – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar.

PETALING JAYA – Perdana Menteri mengajak seluruh umat Islam di negara ini memanfaatkan ruang yang ada menekuni kupasan dan tafsir al-Quran.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menekuni tiap ayat bagai menggenggam cahaya obor yang menyoroti kejadian dan menerangi jalan ke hadapan.

“Bahkan memahami mesej al-Quran itu seharusnya lebih ditekankan kerana al-Quran itu hidup, berbicara dan menjadi suluhan dalam tiap kurun sejarah.

“Ibrah yang terpancar dari firman Ilahi tidak dilorongkan khusus buat orang beriman, sebaliknya ia adalah petunjuk buat seluruh umat manusia (hudan linnas).

“Tiap mauduk perbahasan, tiap kisah dan riwayat, baik kisah pemuda al-Kahfi atau kisah Nabi Allah Yusuf AS, kesemuanya sarat dengan roh perjuangan dan iktibar yang mendalam,” katanya di laman Facebook hari ini.

Anwar berkata, penghayatan mesej hikmah al-Quran akan mendidik umat Islam menjadi insan yang bertakwa, berakhlak mulia, adil dan sederhana dalam segenap perkara.

“Meski di akhirnya kita hanya berhasil meneguk setitis air dari lautan luas hikmah kebijaksanaan al-Quran, namun Allah SWT tidak pernah memberati hamba-Nya dan yang demikian itu cukup buat melunasi bahagian penting dari kehidupan kita sebagai manusia dalam bahtera kehidupan ini.

Pada hantaran sama, Anwar turut menyeru umat Islam juga memperbanyakkan tilawah al-Quran pada tiap Ramadan bagi meningkatkan darjat dan pahala.

“Umat juga dituntut untuk bertadabbur memahami seruan dan gesaan Qurani yang hakikatnya sarat dengan mesej akhlak dan kemanusiaan sejagat.

“Moga perdampingan kita dengan al-Quran menjadi penyuluh hidup di dunia dan pembelaan di akhirat kelak. Selamat memperingati peristiwa Nuzul al-Quran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI