fbpx

PM beri bayangan tiada cuti tambahan 12 April

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir pada Program Majlis Iftar Madani (MIM) di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini. Foto FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan tiada cuti tambahan Aidilfitri pada 12 April ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Iftar Madani di Bulatan Dataran Putra, Masjid Putra di sini, hari ini.

“12 April ini kita kena ada semangat kerja,” katanya ketika ditanya sama ada kerajaan akan umumkan tambahan cuti Aidilfitri atau tidak pada 12 April ini.

Sebelum ini, kerajaan menetapkan kelepasan am tambahan Aidilfitri pada 10 (Rabu) dan 11 April (Khamis) ini.

Kelepasan am itu melegakan rakyat di Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor memandangkan mereka boleh beraya sakan sehingga Sabtu (13 April). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI