KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengambil kesempatan meninjau paras air Sungai Pahang yang semakin surut akibat kemarau.
Baginda melakukan tinjauan menerusi helikopter ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan.
Terdahulu, Seri Paduka Baginda menitahkan agar dilaksanakan solat hajat di semua masjid dan surau di Pahang bermula 23 Mac lalu susulan cuaca panas.
Berikutan itu, Jabatan Agama Islam Pahang melaksanakan solat hajat khas selepas solat Isyak sebelum solat sunat tarawih bagi memohon agar Allah menurunkan hujan dan paras air sungai kembali normal.