fbpx

‘Raja Pilihan Raya’ bertanding lagi, tidak gentar kalah 238 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Raja Pilihan Raya’ bertanding lagi, tidak gentar kalah 238 kali

NEW DELHI  –  Seorang lelaki dikenali sebagai K. Padmarajan sekali lagi membuat persediaan untuk menyertai pilihan raya umum India pada tahun ini walaupun dia pernah tewas sebanyak 238 kali.

Pemilik kedai membaiki tayar berusia 65 tahun itu mula mengambil bahagian sebagai calon  pilihan raya pada  tahun 1988 dari kampung halamannya, Mettur dalam negeri Tamil Nadu,  selatan India.

Ramai orang  ketawa apabila Padmarajan berbuat demikian tetapi katanya, dia mahu membuktikan bahawa seorang lelaki biasa juga boleh bertanding dalam pilihan raya.

“Semua calon mencari kemenangan dalam pilihan raya, namun bukan saya,” kata Padmarajan yang menyarung selendang cerah pada bahunya.

Baginya, kemenangan adalah apabila dia dapat menjadi calon pilihan raya. 

Padmarajan bertanding kerusi Parlimen di daerah Dharmapuri,  Tamil Nadu pada tahun ini. Pilihan raya umum India dijadualkan berlangsung selama enam minggu dan bermula pada 19 April ini.

Digelar ‘Raja Pilihan Raya’, Padmarajan telah bertanding di seluruh India dalam berbilang pilihan raya daripada pilihan raya Presiden hinggalah kepada pemilihan tempatan.

Dia pernah tewas kepada Perdana Menteri Narendra Modi, bekas perdana menteri Atal Bihari Vajpayee dan Manmohan Singh  serta pewaris Parti Kongres, Rahul Gandhi.

Lelaki itu juga membelanjakan wang beribu-ribu dolar dalam tempoh  lebih tiga dekad untuk yuran pencalonan.

Ia termasuk wang pertaruhan sebanyak 25,000 rupee (RM1,419) yang tidak akan dikembalikan melainkan dia mendapat lebih daripada 16 peratus undi.

Prestasi terbaik Padmarajan adalah pada tahun 2011, apabila dia  bertanding untuk dewan undangan negeri di Mettur. Dia meraih 6,273 undi  berbanding lebih 75,000 undi yang diperoleh pemenang kerusi tersebut. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI