PETALING JAYA – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Majlis Agihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru, hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebok Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda kemudian berkenan menyatuni aktiviti memasak bubur lambuk sebelum mengurniakan kepada wakil-wakil masjid dan persatuan.
Terdahulu, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong disambut Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, Presiden Anak Melayu Johor (PAMJ), Datuk Seri Syed Hussein Abdul Kadir Al Habshee dan Pengerusi Masjid Jamek Kampung Baru, Datuk Khay Ibrahim.
Majlis tersebut anjuran JAWI dengan kerjasama PAMJ Wilayah Persekutuan dan Selangor serta Masjid Jamek Kampung Baru. -KOSMO! ONLINE