fbpx

Pusat hiburan diserbu, sita karya muzik bernilai RM89,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara peralatan yang disita di sebuah pusat hiburan di Bukit Mertajam, kelmarin.

SEBERANG PERAI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang menyerbu sebuah pusat hiburan dan menyita karya muzik yang disyaki salinan langgaran di Bukit Mertajam di sini, kelmarin.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan dijalankan sepasukan penguat kuasa dan empat wakil pemilik hak cipta susulan aduan yang diterima pihaknya.

“Hasil serbuan menemukan perisian karya muzik dan turut disita satu set karaoke yang mengandungi beberapa jenis perisian karya muzik yang disyaki salinan langgaran, mikrofon, amplifier, pembesar suara dan televisyen.

“Jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM89,500,” katanya kes disiasat mengikut Akta Hak Cipta 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI