fbpx

Pengurus syarikat kurier maut kereta rempuh pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta dan pacuan empat roda yang terlibat dalam kejadian kemalangan maut di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Restoran Marina di Kuantan hari ini.

KUANTAN – Seorang pengurus syarikat kurier maut selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang hilang kawalan di Jalan Tanjung Lumpur berhampiran Restoran Marina di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu berlaku ketika mangsa, Ng Chee Siang, 33, yang memandu kereta jenis Proton Persona dalam perjalanan dari arah Tanjung Lumpur ke bandar Kuantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika pacuan empat roda sedang bergerak di selekoh arah bertentangan tiba-tiba telah hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan dilanggar oleh kereta dipandu mangsa yang sedang bergerak lurus.

“Akibat kemalangan tersebut pemandu kereta meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu pacuan empat roda mengalami kecederaan,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan mangsa yang cedera dirawat di hospital sama.

Beliau memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta PJ 1987 dan siasatan giat dilakukan.

Katanya berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan sedikit berselekoh dan semasa kejadian permukaan jalan basah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI