fbpx

Lelaki zaman sekarang ambil mudah hal nikah – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abby Abadi mengakui terkejut dengan berita perceraian bekas pemain bola sepak negara, Safee Sali yang mencetuskan perdebatan dalam kalangan ramai.

PETALING JAYA – Terpanggil mengulas isu rumah tangga personaliti bola sepak Safee Sali dengan bekas isterinya, usahawan selebriti Abby Abadi mengakui terkejut dengan berita perceraian mereka.

Katanya, sebelum ini Safee Sali dan Fitria Elfina kelihatan bahagia melayari kehidupan seperti yang kerap dikongsikan dalam media sosial.

“Tengok laman sosial isterinya, dua tiga bulan lepas elok sahaja bahagia lagi, tiba-tiba dah kahwin dengan orang lain.

“Senang betul jadi lelaki zaman sekarang ini, ambil mudah saja hal nikah kahwin,” kongsinya dalam Instagram Story.

Dalam hantaran sama, pemilik nama lengkap Arbaiyah Abdul Manan, 47, itu turut memberi teguran berhubung tanggungjawab seorang lelaki terhadap pasangan meskipun sudah berpisah.

“Tak fikir ke kalau bercerai pun tanggungjawab masih ada. Nikah kahwin itu pilihan ya, sekian,” ujarnya.

Terdahulu, bekas pemain bola sepak kebangsaan itu mengakui sudah berkahwin baru, bahkan menyatakan tidak salah mendirikan rumah tangga asalkan sah dan menepati syarak.

Isnin lalu pula, ikatan antaranya dan Fitria Elfina, 44, yang dibina sejak 11 tahun lalu berakhir dengan talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Kemelut berterusan apabila Safee atau Safee Mohd. Sali, 40, didakwa menghalang bekas isterinya bertemu dua anak mereka sejak sebulan lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI