fbpx

Kemalangan lori tangki: 9 kenderaan terlibat, mangsa hanya cedera ringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori tangki yang terlibat dalam kemalangan dengan lima buah kenderaan di lebuh raya Pasir Gudang menghala ke Pasir Gudang berhampiran Taman Rinting, Masai disini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI. Foto RAJA JAAFAR ALI/ KOSMO!

JOHOR BAHRU – Kemalangan melibatkan sembilan kenderaan di Kilometer 24 Lebuhraya Pasir Gudang, di sini hari ini disebabkan sebuah lori bergesel dengan sebuah lori lain.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi tadi.

Menurut beliau, kemalangan itu bagaimanapun hanya mengakibatkan kecederaan ringan kepada semua mangsa yang terlibat.

“Siasatan mendapati kemalangan itu berpunca apabila sebuah lori bergesel dengan sebuah lori lain di lorong kiri, sebelum kenderaan berat itu hilang kawalan dan melanggar dua kereta lain di lorong kanan.

“Akibat kejadian itu, berlaku beberapa pelanggaran melibatkan kenderaan lain dari arah belakang,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Mohd. Sohaimi, pihaknya telah menerima tujuh laporan polis berhubung kemalangan tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI