PETALING JAYA- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa kawasan membabitkan Selangor dan Kuala Lumpur, malam ini.
MetMalaysia berkata, cuaca buruk itu turut dijangka melanda beberapa kawasan di Melaka, Johor dan Sabah.
“Bagi Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Negeri Sembilan, keadaan hujan dan ribut petir lebih tertumpu di kawasan pesisir pantai,” katanya hari ini.
Tambah MetMalaysia, kawasan perairan Selat Melaka Utara, Selat Melaka Selatan serta perairan Tioman dan pedalaman Sarawak dijangka mengalami hujan lebat sehingga esok pagi. – KOSMO! ONLINE