fbpx

Felcra bayar dividen terakhir 2023 kepada 70,000 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Jazlan (tengah) berbual dengan pemberita yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan di Dewan UMNO Kelantan, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Lebih 70,000 peserta Felcra Berhad (Felcra) di seluruh negara menerima bayaran dividen terakhir bagi musim ketiga 2023 melibatkan nilai keseluruhan sebanyak RM74 juta.

Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bayaran tersebut sudah dilunaskan sejak beberapa hari lalu.

Menurutnya, jumlah dividen itu bergantung kepada harga minyak sawit mentah dunia sebelum tiga kali pembayaran dijalankan setiap tahun.

“Apabila harga minyak sawit mentah meningkat, dividen akan bertambah. Dividen yang dijalankan beberapa hari lalu melibatkan pembayaran bagi musim ketiga untuk tahun lalu.

“Segala pembayaran dividen Felcra dijalankan secara dalam talian. Pembayaran kali ini memberi peluang kepada peserta untuk membeli keperluan sempena Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang akhbar pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, di sini hari ini.

Menurutnya, negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sarawak dan Perak paling banyak kawasan yang dibangunkan Felcra.

“Kelantan paling sedikit tanah Felcra. Kerajaan Negeri Kelantan tidak langsung mahu membantu rakyat dengan memberikan tanah kepada Felcra.

“Kerajaan negeri boleh memilih peserta yang terlibat tidak kira penyokong atau orang mereka. Apa yang paling penting adalah mereka berikan tanah kepada kita untuk dibangunkan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI