fbpx

F1: Sainz bakal ‘dihujani’ banyak tawaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINZ (tengah) membuktikan potensi besar yang dimilikinya selepas berjaya menjuarai GP Australia di Litar Albert Park hujung minggu lalu. – AFP

LONDON – Pelumba Ferrari, Charles Leclerc percaya kemenangan rakan sepasukannya, Carlos Sainz pada Grand Prix (GP) Australia di Litar Albert Park, Melbourne baru-baru ini bakal melonjakkan sahamnya ­ketika ini.

Leclerc yang menamatkan perlumbaan itu di tempat kedua yakin bahawa ramai ketua pasukan lain akan bercakap mengenai potensi Sainz terutama menje­lang saingan Formula Satu (F1) musim 2025 nanti.

Tempat Sainz bersama Ferrari berakhir hujung tahun ini selepas kontraknya tidak diperbaharui oleh pasukan Itali tersebut kerana memberi laluan kepada Lewis Hamilton musim depan.

Bagaimanapun, Sainz tetap mempunyai peluang tahun depan untuk kekal bersaing dalam perlumbaan berprestij itu kerana banyak lagi pasukan masih belum mengesahkan ­pelumba mereka.

“Saya rasa semua orang tahu nilai Carlos (Sainz) di paddock ketika ini. Dia salah seorang pemandu yang mendapat penilaian tertinggi di paddock dan sangat hebat setiap kali dia berada di dalam kereta F1.

“Dia telah menunjukkannya beberapa kali, jadi saya tidak fikir dia akan dipandang rendah.

“Saya rasa semua orang tahu nilai Carlos dan itulah sebabnya saya mengatakan berkali-kali bahawa saya tidak terlalu bimbang tentang masa depannya. Saya pasti ramai ketua pasukan akan bertemu dengannya.

“Dia akan mempunyai banyak peluang dan tawaran menyertai pasukan-pasukan lain. Sekarang dia hanya perlu membuat pilihan yang terbaik untuk kariernya pada masa depan,” kata Leclerc. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI