fbpx

EPL: Masalah kecederaan resahkan City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STONES (tengah) menjadi pemain terbaharu City mengalami kecederaan menjelang aksi bertemu Arsenal pada Ahad ini. – AFP

LONDON – Manchester City berharap bintang pertahanan mereka, Kyle Walker akan kembali beraksi menentang Arsenal menjelang pertemuan getir Liga Perdana Inggeris (EPL) di Sta­dium Etihad pada Ahad ini.

Pemain berusia 33 tahun itu mengalami kecede­raan hamstring semasa beraksi buat England pada minit ke 20 sebelum digantikan oleh Ezri Konsa dari Aston Villa ketika tewas 0-1 kepada Brazil dalam aksi persahabatan di Wembley baru-baru ini.

Kecederaan dialaminya dianggap tidak terlalu serius dan City berharap beliau akan kembali pulih sepenuhnya kerana aksi menentang Arsenal boleh ­menentukan peluang pasukan itu untuk merebut kejuaraan EPL musim ini.

The Citizens ketika ini menghuni tangga ketiga, ketinggalan satu mata di belakang Arsenal yang menerajui carta EPL menerusi kelebihan perbezaan jumlah jaringan selepas mengumpul jumlah mata sama dengan pasukan tempat kedua, Liverpool.

Dalam masa sama, pengendali City, Pep Guardiola pastinya pening kepala apabila seorang lagi pemain pertahanannya, John Stone berkemungkinan terpaksa disisihkan menentang skuad bim­bingan Mikel Arteta itu hujung minggu ini.

Ia susulan masalah kecederaan dialami Stones ketika mewakili England mencatat keputusan seri 2-2 dengan Belgium di Wembley awal pagi semalam.

Dalam aksi itu, Stones hanya sempat bermain 10 minit sebelum bek tengah berusia 29 tahun itu terpaksa digantikan oleh ­pemain pertahanan Liverpool, Joe Gomez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI