fbpx

K2

Bolehkah hantar makanan kepada orang tak puasa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tugas rider hanya menghantar makanan dipesan. – Gambar hiasan

Assalamualaikum, saya ingin bertanyakan soalan. Apakah hukumnya seseorang yang berkerja sebagai seorang rider menghantar makanan kepada orang tidak berpuasa?

Jawapan: Berpuasa pada bulan Ramadan adalah suatu kewajipan ke atas setiap umat Islam yang mukallaf.

Bahkan, puasa Ramadan merupakan salah satu rukun daripada lima rukun Islam itu sendiri.

Dalil kewajipan berpuasa Ramadan adalah berdasarkan firman Allah SWT, “Ramadan adalah bulan yang diturunkan padanya al-Quran yang memberi petunjuk kepada seluruh umat manusia serta menjadi keterangan daripada petunjuk dan pemisah (antara yang benar dan yang batil). Maka, sesiapa daripada kalangan kamu yang menyaksikan masuknya bulan tersebut hendaklah dia berpuasa.” (Surah al-Baqarah, 185)

Pada ayat falyasumhu terdapatnya ‘lam al-amar’ yang merupakan satu perintah untuk berpuasa dalam bulan Ramadan.

Bagi menjawab persoalan yang dikemukakan kami nyatakan firman Allah yang berikut: “Dan janganlah kamu saling membantu dalam perkara dosa dan permusuhan.” (Surah Al-Maidah, 2)

Kata Imam al-Hafiz Ibn Katsir Rahimahullah dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini: ‘’Dia (Allah ) melarang kamu daripada saling membantu atas perkara yang batil serta tolong menolong atas perkara-perkara dosa dan sesuatu diharamkan.”

Kata Imam Ibn Jarir: “Dosa itu adalah meninggalkan sesuatu yang Allah perintahkan untuk ia dilakukan. Dan maksud al-‘Udwan adalah melampaui batasan Allah di dalam agama kamu dan melampaui apa yang telah Allah fardu ke atas diri kamu dan selain kamu.” (Rujuk Tafsir Al-Quran Al-‘Azhim, Ibn Katsir 3/7).

Oleh yang demikian, ayat ini adalah dalil yang sorih (jelas) dalam menyatakan pengharaman perbuatan membantu orang lain dalam melakukan perkara berdosa lagi haram.

Kesimpulan, kami menyatakan bahawa perbuatan memberi makanan kepada orang yang sememangnya diketahui tidak berpuasa dengan sengaja adalah haram.

Adapun bagi seseorang yang bekerja sebagai penghantar makanan, sekiranya tidak mengetahui pesanan makanan tersebut diminta oleh orang berpuasa ataupun tidak, dia boleh sahaja menghantar makanan tersebut kepadanya.

Ini kerana, terdapat beberapa kemungkinan seperti wanita yang dalam keadaan uzur syarie, orang sakit dan seumpamanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI