fbpx

‘Biar saya lapar, jangan anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abu Baki (kiri) bersama isteri dan tiga anaknya ketika ditemui dalam program berkhatan secara percuma di sebuah hotel di Kampar, baru-baru ini.

KAMPAR – Seorang buruh dari Kampung Malim Nawar di sini buntu memikirkan masa depan tiga anaknya apabila dia tidak mampu untuk menyara keluarga ekoran kemiskinan selain bergelut dengan penyakit kencing manis serta darah tinggi.

Abu Baki Kamarudin, 47, berkata, isterinya, Nurul Haslihi Mustafa Al Bakri, 36, pula memerlukan rawatan setiap bulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh kerana penyakit serius berkaitan wanita.

Katanya, semuanya itu memerlukan kos yang dia sendiri tidak dapat untuk menyediakannya kerana hanya bekerja kampung.

“Sebagai buruh kasar, saya ha­nya dapat RM40 sehari dan bergantung kepada orang yang ingin membina rumah di sekitar Malim Nawar.

“Jika cuaca elok tidak me­ngapa tetapi jika hujan memang menyulitkan kehidupan kami sekeluarga. Jika tiada upah bina rumah, saya memancing ikan di sungai atau bekas lombong bijih timah di Kampar,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Abu Baki, dia tidak khuatir mengenai perjalanan hidupnya bersama isteri tetapi apa yang merunsingkannya ialah nasib anak-anaknya kelak iaitu Muhammad Hakimi, 11, Muhammad Hanafi, 10, dan Aina Batrisya.

Tambahnya, memancing ikan tidak memberi banyak hasil se­perti dahulu kerana perlu bersaing dengan nelayan dan lombong pun tidak banyak yang ada.

“Saya dan isteri boleh saja berlapar tetapi saya tidak akan biarkan anak-anak saya begitu. Apa nasib mereka kelak,” katanya.

Ujar Abu Baki, dia ada mene­rima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 sebulan dan wang itu perlu digunakan untuk membayar sewa rumah kerana menduduki rumah pusaka keluarganya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh ­menghubungi Abu Baki di talian 013-460 9442.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI