fbpx

[VIDEO] Terharu kebaikan Dhia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tular tersebut yang memuji kebaikan Dhia.

PETALING JAYA – Tular sebuah rakaman memaparkan kebaikan seorang wanita dikenali sebagai Dhia berkongsi juadah berbuka dengan sekumpulan wanita lain yang sedang menunggu di tepi jalan raya kerana kenderaan dinaiki mereka rosak.

Menerusi rakaman tersebut, difahamkan Dhia pada awalnya telah melalui laluan tersebut dan secara kebetulan dia melihat beberapa wanita terbabit duduk di bahu jalan.

Dengan semangat keprihatinan yang tinggi, Dhia membeli beberapa jenis juadah berbuka termasuk sebuku roti untuk diberikan kepada kumpulan wanita itu sehingga sanggup berpatah balik untuk membantu kerana risau mereka tidak mempunyai makanan sekiranya sudah masuk waktu berbuka.

“Tadi nampak kakak tersadai sini, saya belikan la (juadah berbuka). Tadi saya lalu sana, saya nampak, kesian tengok.

“Saya fikir-fikir, kalau kakak tunggu ‘towing’, nanti dah pukul berapa, nak berbuka lagi,” kata Dhia.

Dalam rakaman tular itu juga, sekumpulan wanita terbabit pada awalnya menyangkakan bahawa Dhia adalah seorang peniaga yang mahu menjual makanannya kepada mereka.

“Awak jual kah?,” soal salah seorang wanita terbabit.

Kemudian, selepas mengetahui kebaikan Dhia, mereka mahu membayar semula harga makanan yang dibelikannya, namun ditolak secara baik oleh wanita itu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap Dhia selain mendoakan wanita itu dimurahkan rezeki.

“Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua. Semoga Allah merahmati si pemberi, awak memang terbaik,” kata Zaini Adi Okang.

“Sejuk perut mak dia yang lahirkan Dhia. Terbaik, menjadi contoh anak-anak dekat luar dan pada diri juga,” puji Remy Emy. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI