fbpx

Tak hadiri perbicaraan, netizen mahu Hafidz Roshdi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMAI mempersoalkan kenapa Hafidz Roshdi tidak menghadiri perbicaraan tuntutan hadanah dua anaknya yang berlangsung semalam.

PETALING JAYA – Pelakon Hafidz Roshdi sekali lagi menjadi mangsa kecaman netizen apabila tidak hadir ke perbicaraan mahkamah bagi kes tuntutan hadanah dua anaknya semalam.

Segala kecaman tersebut tercetus selepas dia memuat naik sekeping foto dengan ucapan ringkas selamat berpuasa.

“Selamat berpuasa semua,” katanya ringkas.

Menjengah dalam ruangan komen, lebih 90 peratus netizen mempertikai dan mempersoalkan mengapa kelibat pemilik nama penuh Muhammad Hafidz Roshdi, 30, itu tidak kelihatan di mahkamah semalam bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan anak yang difailkannya sebelum ini.

Ada juga yang berpendapat Hafidz sengaja melengah-lengahkan kes dan tidak menghormati perintah mahkamah.

“Boleh tak tangkap sahaja orang yang sengaja melambat-lambatkan proses dekat mahkamah ini. Semua perbicaraan dia tak hadir.

“Dia yang tuntut anak, dia pula tidak hadir. Kasihan Shu, tinggal di Perlis tapi sanggup datang.

“Minggu lalu terserempak dengan Hafidz di pusat beli-belah dan dia nampak sihat sahaja. Mahkamah tak boleh datang?” kata netizen sebelum ruangan komen tersebut dihadkan oleh Hafidz.

Selain kes tuntutan hak penjagaan anak yang berlangsung semalam, Hafidz pernah tidak menghadiri perbicaraan kes pukul di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor pada Februari lalu atas alasan cuti sakit.

Semalam, bekas isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, meluahkan rasa kecewa apabila pelakon itu sekali lagi tidak hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kes tuntutan interim hadanah dan induk hadanah bagi dua anak mereka iaitu Humairah serta Umar.

Shuhada berkata Hafidz sepatutnya bertanggungjawab menyelesaikan urusan perbicaraan di mahkamah dengan memberi kerjasama dan komitmen dengan baik bukannya bersikap sambil lewa.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada 30 April 2016 sebelum disahkan bercerai pada 27 Julai tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, pasangan berkenaan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4. – KOSMO

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI