fbpx

Satu jamin tiada lagi gangguan air Aidilfitri tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paip penyaluran yang baru siap dipasang di Tangki Imbangan MIEL, Marang baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Kesukaran selama 12 tahun sebahagian besar penduduk Marang mengalami gangguan bekalan air pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri dijangka berakhir dengan siapnya projek menaiktaraf paip penyaluran baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu), Abdul Karim Endut berkata, projek menelan belanja RM60 juta berkenaan telah berjaya meningkatkan keupayaan bekalan air terawat kepada penduduk Marang kepada 95 juta liter sehari.

“Sebelum ini, Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang hanya mampu membekalkan 65 juta liter air terawat sehari buat penduduk Marang.

“Ia menyebabkan gangguan bekalan air sering terjadi di daerah itu terutama pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri sejak tahun 2012 ekoran permintaan yang naik mendadak,” katanya di sini hari ini.

Abdul Karim berkata, tambahan kapasiti bekalan air di Tangki Imbangan MIEL dan Tangki Gondang tersebut disalurkan dari Loji Rawatan Air Kepong 2, Kuala Terengganu.

Jelas beliau, bekalan air tambahan di kedua tangki berkenaan disalurkan menerusi paip 900 milimeter (mm) sepanjang 24 kilometer yang siap dipasang sepenuhnya baru-baru ini.

“Ia membolehkan paras air di kedua-dua taking yang masing-masing boleh memuatkan 10,000 meter padu ditingkatkan kepada 7. 5 meter.

“Tambahan bekalan air terawat ini bakal memberi manfaat kepada 31,000 pemegang akaun di seluruh Marang,” katanya.

Abdul Karim memberi jaminan bekalan air buat penduduk Marang mencukupi menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI