fbpx

Imigresen Sabah usir 386 PATI Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Seramai 386 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia dihantar pulang ke negara asal dari Pelabuhan Tawau semalam.

Menerusi jumlah itu, pemindahan membabitkan seramai 291 lelaki dan 72 wanita selain 23 kanak-kanak berusia 12 tahun kebawah termasuk seorang bayi.

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, penghantaran pulang berkenaan merupakan program pemindahan siri 6 untuk kategori usir melalui laut bagi tahun 2024 ke negara asal masing-masing.

“Semua PATI yang dihantar pulang itu adalah tahanan di Depot Imigresen Kota Kinabalu, Papar, Tawau dan Sandakan dan dipindahkan menggunakan pengangkutan laut ke Pelabuhan Nunukan, Indonesia.

“Mereka ditahan ekoran melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, SH Sitti Saleha berkata, semua warga asing diingatkan supaya sentiasa memastikan diri memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Sabah akan terus melakukan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI