BERGELAR seorang nenek merupakan kebahagiaan buat penyanyi Krisdayanti yang kini mempunyai dua cucu hasil perkahwinan anak perempuannya, Aurel Hermansyah.
Selain aktiviti harian, dia turut kerap memuat naik foto dan video permata hati terutama cucu sulungnya, Ameena Nur Atta yang sudah pandai berjalan.
Terbaharu, puteri kepada Aurel dan pempengaruh media Atta Halilintar itu dilihat menggayakan tas mewah Hermes dipercayai milik Krisdayanti yang difahamkan mencecah ratusan ribu ringgit.
Rata-rata yang melihat video tersebut meninggalkan komen lucu kerana penyanyi terbabit sanggup melihat beg tangan mewah buatan tangan diseret anak kecil berusia dua tahun ke lantai.
Dilihat sangat menyayangi cucunya, netizen teruja apabila sikap lasak anak kecil itu berjaya mendedahkan barangan mewah milik neneknya yang setara harga rumah di kawasan elit Jakarta.