fbpx

England gantung penyokong ke Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA penyokong England yang terkait dengan kes keganasan tidak dibenarkan untuk menyertai pasukan itu ke Jerman untuk menghadapi saingan Euro 2024. - AFP

LONDON – Ribuan penyokong England tidak dibenarkan dan digantung oleh kerajaan negara itu daripada meninggalkan negara itu untuk ke Jerman bagi memberikan sokongan kepada The Three Lions pada saingan Euro 2024 selepas dikaitkan dengan keganasan.

Lebih 1,600 penyokong atau lebih ramai lagi yang sudah dikenalpasti dan diarah untuk menyerahkan pasport mereka kepada pihak polis dan tidak boleh menggunakannya untuk tempoh dari 4 Jun hingga 14 Julai ketika kejohanan tersebut berlangsung.

Arahan tersebut dibuat bagi memastikan mereka tidak meninggalkan negara tersebut untuk ke Jerman dan kegagalan untuk melakukannya boleh menyebabkan mereka berdepan denda yang lebih besar atau hukuman penjara sehingga enam bulan.

Peraturan penyerahan pasport ini terpaksa diperkenalkan oleh Great Britain ekoran peningkatan kes melibatkan kekerasan penyokong bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan 2,264 individu ditangkap ketika perlawanan berlangsung musim lalu.

Berdasarkan jumlah tangkapan tersebut, 682 individu telah berdepan hukuman penggantungan dan larangan untuk meyaksikan perlawanan bagi tempoh tertentu dan jumlah tersebut adalah tertinggi sejak 2011.

“Sebahagian besar penyokong masih lagi mematuhi peraturan yang ditetapkan, namun kami tidak akan bertoleransi dengan pihak yang cuba melakukan kekacauan dalam sebuah kejohanan yang besar.

“Peraturan ini adalah untuk memastikan semua penyokong bola sepak dapat mengharungi perjalanan untuk menyaksikan perlawanan dengan selamat dan menghalang ‘hooligans’ ini melakukan keganasan di luar negara,” menurut Menteri Keselamatan, Chris Philp. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI