fbpx

Dewan Rakyat: E-invois mampu sekat penyelewengan, ketirisan struktur cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan memaklumkan pelaksanaan e-invois secara berperingkat bermula tahun ini membolehkan pengesanan ketidakpatuhan cukai dengan lebih berkesan.

Malah kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, peruntukan undang-undang sedia ada juga dilihat dapat membantu mengatasi penyelewengan yang berlaku dalam strukur cukai.

“Kementerian akan memantau dari semasa ke semasa dan memastikan semua berjalan dengan sewajarnya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) yang mahu kerajaan menjelaskan langkah yang akan dilakukan bagi mengenal pasti penyelewengan dalam pengisytiharan cukai.

Mengulas lanjut, Hui Ying turut berkata, kerajaan akan terus kekal komited dalam konsolidasi fiskal bagi jangka sederhana.

Jelasnya, tumpuan khusus akan diberikan untuk memastikan kemampanan fiskal dapat dicapai melalui penjanaan hasil yang mampan dan keberkesanan perbelanjaan melalui peningkatan kecekapan, mengurangkan ketirisan dan pembaziran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI