PERCERAIAN tidak pernah membuat persahabatan pelakon Samuel Rizal dengan bekas isterinya, Stevie Acnecya terputus, lebih-lebih lagi mereka mempunyai seorang anak bersama.
Keadaan itu menyebabkan Samuel, 43, turut berasa pilu atas pemergian wanita itu yang meninggal dunia akibat kanser pada 21 Mac lalu.
“Perpisahan mungkin selamanya, mungkin juga pengakhiran segalanya, tapi kamu akan selalu ada di hati dan memoriku kerana kamu telah memberiku hal berharga di dunia ini,” demikian ucapan bintang filem Eifel … I’m in love itu dalam Instagram.
Samuel yang berkahwin dengan Stevie pada tahun 2012 tidak mengulas lanjut berkenaan butiran lain termasuk dakwaan pempengaruh media sosial itu meninggal dunia disebabkan terkena sihir.
Rumah tangga mereka hanya bertahan empat tahun sebelum mereka berpisah secara baik.