fbpx

49 PATI warga Thailand dihantar pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PATI warga Thailand yang dihantar pulang ke negara asal mereka melalui ICQS, Rantau Panjang hari ini. -Foto JIM

KOTA BHARU – Seramai 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Thailand yang ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah, Tanah Merah dekat sini dihantar pulang ke negara asal mereka hari ini.

Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kelantan, Mohd. Faizal Shamsudin berkata, kesemua tahanan itu dihantar pulang melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang.

Menurutnya, tahanan itu terdiri daripada empat 45 lelaki dan empat orang wanita yang berusia dalam lingkungan 19 hingga 53 tahun.

“Kesemua tahanan itu sebelum ini melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI