fbpx

[VIDEO] ‘Due date’ jumpa anak sebelum masuk tadika – Rita Rudaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAGAI ibu Rita Rudaini tidak menghalang anak-anak bertemu Aidil Zafuan sekiranya mereka mahu.

SUBANG JAYA – TERUK dikecam kononnya menghalang bekas suami, Aidil Zafuan bertemu anak, pelakon Rita Rudaini menegaskan ‘tarikh luput’ peluang tersebut sudah diberikan sehingga dua puteranya mendaftar masuk ke tadika.

Dedah Rita atau nama lengkapnya Rita Rudaini Mokhtar, 48, sebelum ini dia pernah mengajak bekas suaminya itu berbincang namun usahanya gagal apabila tidak mendapat apa-apa maklum balas.

“Apabila netizen yang tidak tahu kisah dahulu tanya kenapa tak bagi jumpa ayah, saya jawab bukan tidak benarkan tetapi ‘due date’ (tarikh tamat tempoh) berbuat demikian sudah dibuka sehinggalah anak-anak masuk tadika.

“Semasa kedua-dua anak masuk tadika, saya dan peguam ada cakap mahu kami sama-sama galas tanggungjawab sebagai ibu bapa tetapi tiada respons.

“Bila anak masuk darjah satu, lagi senyap sunyi. Bagi saya cukuplah, itu momen penting dan marilah sama-sama teruskan hidup masing-masing sebab saya bukan mahu bermusuh,” katanya kepada Kosmo! Online ketika majlis sidang akhbar Starvendor semalam.

Dalam masa sama, Rita memohon netizen memahami keadaannya serta anak-anak yang hanya hidup bertiga tanpa kasih sayang seorang bapa.

“Kita sebagai ibu pun sedih. Kalau saya tidak tumpukan perhatian kepada anak, memang rasa nak marah sahaja. saya enggan dengar cakap-cakap yang tidak perlu.

“Bukan setakat sekolah, hari jadi, hari raya dan hari-hari biasa pun tiada tanya khabar. Netizen tolonglah faham, kami okey sebab tiada pun memori bersama ayah, bahkan elok saja mereka membesar dengan saya,” ujarnya lagi.

Saat ditanya jika anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin ingin berjumpa Aidil, pelakon asal Kangar, Perlis itu pantas menjawab dia tidak akan menghalang meski sudah menempuh pelbagai onak duri membesarkan dua zuriat tersayang seorang diri.

“Kalau Rayyan nak jumpa, saya okey sebab dia anak dan saya tidak mahu dia derhaka tetapi jika pihak sana nak bertemu, Rayyan tak mahu, saya larang.

“Saya besarkan mereka, susah tau jaga anak lelaki. Bila berkhatan, saya yang bawa dan semasa akil baligh pun saya tanya dan ajar.

“Saya sampai telefon abang, adik dan sepupu lelaki untuk mendapatkan pandangan macam mana nak tanya masa Rayyan akil baligh. Alhamdulillah, apa-apa dia akan cerita dan tiada malu sebab hidup dengan mak,” jelasnya.

Sebelum ini Rita meluahkan rasa kesal apabila segelintir netizen bersimpati dengan nasib bekas suaminya dan mendakwa dia menghalang Aidil daripada bertemu dua cahaya mata mereka.

Rita berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun berpisah pada September 2013.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI