fbpx

‘Tiada salah saya berkahwin lain, buka ‘buku’ baharu’ – Safee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Safee Sali

KUALA SELANGOR – Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain dan mahu membuka ‘buku’ baharu dalam kehidupannya.

Beliau atau nama sebenarnya, Mohd. Safee Mohd. Sali, 40, berkata semua individu sememangnya tidak dihalang untuk berkahwin selagi ia sah dan menepati syarak.

“Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.

“Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan,” katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini.

Terdahulu, konflik rumahtangga Safee dan bekas isterinya, Fitria Elfina Maharip, 44, yang dibina sejak 11 tahun lalu terlerai selepas sah bercerai talak dua di mahkamah berkenaan.

Safee bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci mengenai wanita yang didakwa dinikahinya pada 26 Januari lalu.

Tambah bekas penyerang JDT itu, dia kini mahu menyelesaikan kemelut rumah tangganya itu dengan muhasabah diri sendiri.

“Saya juga tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa dan belajar daripada apa yang berlaku,” ujarnyam

Mengulas dakwaan Fitria Elfina tidak dapat menemui dua anak mereka, Safee berkata, perkara itu masih dalam prosiding mahkamah.

“Alhamdulillah semua anak yang bawah jagaan saya dalam keadaan sihat dan mereka juga berpuasa penuh (sepanjang Ramadan).

“Sebagai bapa, saya semestinya mahu melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Fitria Elfina bersyukur proses perceraiannya dipermudahkan namun akan mempertahankan haknya sebagai seorang ibu untuk menjaga dua anak mereka.

“Saya kesal dengan sikap Safee yang menghalang berjumpa dengan anak kami sejak lebih sebulan lalu dan amat rindukan mereka.

“Harapan untuk menemui anak masih tergantung dan saya akan mempertahankan hak penjagaan selepas penceraian ini,” kata suri rumah itu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI