fbpx

Sultan Ibrahim berkenan berangkat lawatan rasmi ke Kementah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Kementah hari ini. - Foto Facebook Sultan Ibrahim

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan (Kementah), hari ini.

Menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Pada sesi taklimat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai isu-isu pertahanan negara.

“Hasrat saya adalah sebarang perbelanjaan dan perancangan untuk pertahanan negara mestilah dilakukan secara berhemah tanpa membelakangkan soal keselamatan,” titah Seri Paduka Baginda.

Dalam masa sama, Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut berkenan menandatangani buku lawatan dan bergambar kenangan.

Selain itu hadir pada lawatan rasmi baginda ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Isham Ishak dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan mempersembahkan taklimat berkenaan Struktur Organisasi dan Profil Kementerian, Kertas Putih Pertahanan, Pelan Strategik Mindef 2021-2025, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara, Kekuatan Aset Strategik, Perolehan Aset Utama, Pelupusan Aset Usang dan Projek Pembangunan Utama.

Turut serta, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob dan Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Mohd. Asghar Khan Goriman Khan serta pegawai-pegawai kanan kementerian serta ATM. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI