fbpx

Saif Ali Khan dikutuk, yakin ‘berpuasa’ 40 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAIF ALI KHAN

RAMADAN sudah memasuki minggu kedua dengan rata-rata umat Islam berkongsi kemeriahan bulan penuh rahmat yang diisi pelbagai aktiviti ibadah.

Di arena perfileman Bollywood juga menyaksikan ramai selebriti beragama Islam memuat naik hantaran dalam media sosial masing-masing dengan gambar juadah berbuka puasa dan mengerjakan solat sunat tarawih.

Namun, dalam ketenangan meraikan bulan penuh rahmat ini tidak disangka-sangka muncul pula video lama memaparkan kesilapan pelakon Saif Ali Khan ketika ditemu bual Shah Rukh Khan berkenaan Ramadan.

Klip video sebuah program permainan terbitan tahun 2008 itu menunjukkan Saif memberikan jawapan Ramadan adalah bulan di mana umat Islam berpuasa selama 40 hari yang terang-terang salah.

Walaupun telah bertahun-tahun berlalu, paparan video berkenaan tular serta dikecam netizen lebih-lebih lagi Shah Rukh Khan yang beragama Islam juga tidak memberikan reaksi terhadap jawapan rakannya itu.

Begitupun, hanya Saif saja menjadi bahan sindiran peminat dengan tuduhan secara terang-terangan tidak ambil berat terhadap ibadah puasa yang menjadi kewajipan setiap Muslim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI