PERNAH tidak menang tangan ketika zaman kegemilangan, namun realitinya, aktor Randeep Hooda melalui fasa sukar apabila berdepan tekanan perasaan sekitar 10 tahun lalu.
Situasi terbabit membuatkan dirinya tidak langsung diberikan tawaran lakonan sekali gus kesihatan mental terus terganggu.
Bagi menampung kehidupan, pelakon berusia 47 tahun itu menjual barangan peribadi termasuk kereta serta perabot dalam rumah miliknya.
Dedah Randeep lagi, dia bertuah apabila sebelum itu mampu mengumpul harta serta mempunyai kewangan kukuh hasil kerjaya lakonan.
Dedahnya, ketika itu ada yang memujuknya menjual kuda peliharaan tetapi haiwan kesayangan tersebut antara kekuatan untuk kembali bangkit selain keluarganya.
Tidak memaklumkan punca masalah dilalui, Randeep kini sudah kembali sihat dan bakal beraksi dengan Alia Bhatt untuk filem terbaharu berjudul Highway.